Friday, September 17, 2010

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Rujukan: http://ppjk2008.blogspot.com/

Antara yang dipelajari dalam matapelajaran ini merangkumi kecergasan, kecergasan fizikal, koordinasi, berasaskan pelakuan motor, kemahiran, kesukanan, kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat dan kebersihan serta keselamtan persekitaran.

Rujukan: http://rezalstar.blogspot.com/2010/05/gotong-royong-membersihkan-kawasan.html

Pembangunan Laman Blog Panatia PJK

Pada 17 September 2010, laman blog Panatia PJK telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama ketua panatia Pendidikan Jasmani Kesihatan, En. Jalil bin Dollah bersama barisan fasilitator dalam Kursus Penyediaan Blog Pengajaran Pembelajaran dan Networking yang telah berlangsung di Hotel Pelangi, Muar selama 4 hari mulai pada 16 September 2010.

Menurut ketua panatia PJK, blog ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan guru-guru pendidikan jasmani memberikan input-input yang berguna kepada para pelajar dengan melayari laman blog ini. Malah blog ini juga mampu membantu barisan guru pendidikan jasmani untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan.

Harapannya, semoga mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan ini menjadi mata pelajaran penting dan semua pihak dapat menghayati serta menfaatkan segala usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.